Sebuah lagu tempatan yang berbahasa Dusun dengan tajuk Totosku Popogirot telah dipopularkan oleh seorang gadis Dusun kelahiran dari Manggatal Kota Kinabalu, Sabah.

Jona Sonny Saimin itulah nama yang diberikan oleh kedua-dua ibubapanya yang tercinta. Beliau lahir pada tahun 1991, berumur 26 tahun dan bekerja di sektor awam sebagai seorang jururawat di Hospital Likas.

Beliau memaklumkan bahawa statusnya masih lagi bujang namun masih belum lagi terfikir untuk mencari pasangan. Ini kerana beliau ingin memfokuskan  bidang pekerjaannya sebagai seorang jururawat serta kariernya sebagai seorang penyanyi tempatan.

Menurut beliau, lagu ini telah diciptakan secara spontan bersama-sama dengan ibubapanya. 

Jona dan Ibunya yang bernama Lajimah Mat telah mencipta muzik ini dan bapanya yang bernama Johnny Odon bersama-sama dengan ibunya telah menghasilkan lirik lagu.

Dilahirkan  didalam sebuah keluarga yang sememangnya meminati dalam bidang muzik telah memberikan kelebihan kepada dirinya. Alunan muzik yang sentimental dengan lirik lagu yang sedih dalam kategori balada ini diserasikan bersesuaian dengan suaranya.

Lagu ini yang bertajuk Totosku Popogirot membawa maksud "berusaha @ barabis untuk cuba merapatkan hubungan cinta". 

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik lagu ini dan oleh kerana itu, beliau telah memberikan perkongsian pengertiannya.

Menurut Jona, kisah tentang lagu ini adalah tentang seorang gadis yang berusaha untuk memperbaiki hubungan antara dia dan teman lelakinya. Namun apa yang dilakukan oleh  teman lelakinya itu ialah memungkiri janjinya kepada gadis itu. Teman lelakinya mengatakan bahawa dia akan kembali kepada dirinya, tetapi ia tidak kembali seperti yang dijanjikan. Perkara itu telah menyakiti hati si gadis. Segala usaha yang dilakukan oleh gadis itu untuk memperbaiki hubungan itu telah menemui kegagalan. Hubungannya tidak menjadi lebih baik sebaliknya lebih parah lagi.

Walau bagaimanapun, gadis itu telah memberitahu kepada bekas teman lelakinya itu untuk melupakan segala-galanya mengenai apa yang mereka pernah alami bersama-sama dahulu. Walaupun sudah tidak bersama lagi, gadis itu masih menyimpan perasaan sayang dan menasihati bekas teman lelakinya itu agar sentiasa menjaga diri.

Begitulah pengertian disebalik lagu yang bertajuk Totosku Popogirot. Ia sungguh menyedihkan serta menyayat hati. Walau bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa lagu ini tidak ada sebarang kaitan dengan kisah silam mahupun pengalamannya. 

Harapan beliau ialah semoga orang ramai tidak kira umur akan terus kejar cita-cita dan minat masing-masing dan khasnya kepada mereka yang meminati bidang muzik. Beliau percaya bahawa orang-orang Sabah amat berbakat didalam bidang muzik dan asahkanlah bakat itu, katanya.

Liputan khas ini dibuat oleh Bobohizan Press sebagai tanda sokongan kepada Jona yang menceburi bidang nyayian dan ini secara tidak langsung telah membuatkan dirinya menjadi sebahagian daripada artis-artis tempatan Sabah yang mesti diberikan sokongan.

Marilah memberikan sokongan kepada industri lagu-lagu tempatan Sabah dengan membeli album lagu mereka jikalau sudah ada didalam pasaran.

Katakan TIDAK kepada cetak rompak dan sila membuat aduan jikalau terdapat pihak yang mencetak rompak lagu-lagu tempatan!

Sokonglah Penyanyi Tempatan Sabah.

Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.