AUSTRALIA, 1 September 2017: Sebuah Pertubuhan Organisasi Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organisation) peringkat antarabangsa yang berjuang untuk menyokong gerakan kemerdekaan negara Sabah dan negara Sarawak telah ditubuhkan di Australia dengan nama Sabah Sarawak Rights - Australia New Zealand (SSRANZ) pada 22 Ogos 2017. 

Presiden organisasi ini yang bernama En.Robert Pei merupakan seorang peguam di Melbourne berkata bahawa NGO ini akan bertempat di Victoria. Pertubuhan SSRANZ adalah untuk mempromosikan kesedaran hak asasi rakyat Sabah dan Sarawak di Malaysia, Australia dan New Zealand.

Beliau berkata bahawa pada tahun 1963, kerajaan United Kingdom dengan tergesa-gesa telah memindahkan kuasa kedaulatan koloni-koloninya iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan selepas itu menukar namanya kepada "Malaysia" dibawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang merupakan perjanjian antarabangsa.

Ujarnya lagi, Perjanjian MA63 adalah terbatal dan tidak sah sejak dari awal permulaan lagi ia dibuat kerana telah melanggar asas perundangan antarabangsa termasuk prinsip perundangan yang mewajibkan bahawa hanya negara yang berdaulat (merdeka) sahaja yang mempunyai kapasiti untuk membuat perjanjian antarabangsa dan secara langsung telah melanggar Perjanjian Manila 1963 (Manila Accord 1963) serta Resolusi 1514 dan 1541 Bangsa-bangsa Bersatu. 

Kerajaan UK tidak pernah memberikan kemerdekaan sebenar kepada 2 koloni dan Singapura mahupun kebenaran untuk membuat pilihan secara bebas melalui referendum tentang Malaysia apabila ia ditandatangani pada 9 Julai 1963. Meskipun jikalau MA63 telah dibuat secara sah, perpisahan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965 telah membatalkan MA63 dengan menghancurkan asas-asas untuk Sabah dan Sarawak masuk kedalam "Malaysia" yang mana ia telah distrukturkan oleh 4 komponen Negara-negara ini. Sebaliknya 2 wilayah ini dihalang daripada meninggalkan dan sejak dari itu, rakyat Sabah dan Sarawak telah melihat peningkatan keatas kehilangan hak-hak serta kebebasan mereka yang telah dijamin oleh MA63. Kempen keatas hak-hak ini mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah bertindak dengan niat jahat dengan melihat MA63 sebagai tidak terikat malah secara efektifnya menolak untuk menerima perjanjian ini dan secara tidak langsung ia tidak lagi terikat kepada Sabah dan Sarawak.

Selepas 55 tahun "pembentukkan Malaysia" janji-janji pembangunan dan kemajuan 2 wilayah ini dan terma-terma yang terkandung didalam MA63 tidak pernah dihormati sepenuh dengan seikhlasnya yang mana urusan dalaman dan sumber-sumber asli (terutama minyak dan gas) diletakkan dibawah kawalan langsung Persekutuan. Apa yang ironinya, kedua-dua "Negara" ini menjadi tersangat miskin didalam Persekutuan sebab kekayaan sumber-sumber aslinya diambil daripada hak rakyat dan negara, disalurkan keluar untuk memajukan tanah besar di negeri-negeri Malaya. Sabah dan Sarawak menjadi Koloni yang bergantung kepada Malaya (colonial dependencies of Malaya).

Sejak itu, suara rakyat selalu didiamkan secara kasar dengan memenjarakan pengkritik menggunakan undang-undang anti hak asasi manusia. Walaupun Internal Security Act 1960 (ISA) telah dimansuhkan bersama-sama dengan beberapa "state of emergency declaration" dari tahun 1948, namun ia telah digantikan dengan beberapa undang-undang yang yang lebih ketat.

Walaupun demikian, situasi ini berubah secara dramatik sejak kebelakangan ini melalui kebangkitan gerakan popular Sabah Sarawak untuk negara dan hak-hak asasi manusia. Perkembangan ini telah memberikan tekanan kepada kerajaan Sarawak untuk memaksa hak-hak Kerajaan Sarawak dikembalikan dari kerajaan persekutuan setelah sekian lama hak-hak itu diambil. Selari dengan perkembangan dan gerakan di tanah air untuk keadilan sosial serta penentuan sendiri, SSRANZ akan menyokong usaha rakyat yang selama ini mencari penyelesaian untuk mengembalikan hak-ak dan kebebasan mereka.

En.Robert menyimpulkan bahawa Sabah dan Sarawak berkongsikan sejarah dan budaya yang hampir sama, dan SSRANZ akan bekerjasama dengan semua organisasi Sabah dan Sarawak serta orang-orang yang mempunyai inspirasi dan matlamat masa depan serupa untuk penentuan sendiri. Moto kepada organisasi baru ini ialah Masa "Depan Adalah Matlamat Kami".
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.