Ketika keadaan ekonomi dunia tidak menentu, ramai orang sedang merungut terutama sekali golongan ahli-ahli perniagaan kerana ketidakstabilan ekonomi telah menjejaskan pendapatan mereka. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan golongan perniagaan malah bagi mereka yang bekerja dalam kerajaan dan swasta juga merasakan impak kerana harga barangan semakin meningkat tanpa titik noktah. Pendapatan bulanan pada masa kini seperti sudah tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan. Ketidakstabilan politik telah menjejaskan keyakinan pelabur asing dan telah menyaksikan beberapa syarikat besar asing telah menarik keluar pelaburan mereka dari negara Malaysia.

Meskipun keadaan hidup kian menyempit, orang ramai tidak pernah berputus asa untuk meneruskan kehidupan demi keluarga yang disayangi. Semangat ini telah membantu diri mereka untuk mencari sumber alternatif dalam mencari wang.

Di Sabah, penduduknya yang kini sudah mencecah 3.1 juta lebih mempunyai potensi kuasa beli yang kuat. Persaingan perniagaan jelas dapat dilihat dimana-mana yang secara langsung boleh menjadi indikator ataupun petanda bahawa ekonomi Sabah semakin menjadi rancak tahun demi tahun.

Walau apapun jenis perniagaan yang wujud di Sabah, satu jenis perniagaan kini telah menjadi pilihan rakyat Sabah. Perniagaan tersebut adalah Forex atau Foreign Exchange (Tukaran Matawang Asing). Jenis perniagaan ini telah menjadi popular kerana ia mudah dikendalikan. Walau bagaimanapun, rakyat Sabah telah menjadi mangsa yang kejam oleh Broker Forex yang palsu. Terlalu banyak duit rakyat Sabah telah melayang kerana tertipu dengan Broker-broker Forex yang palsu sehingga menjejaskan imej dan prestij perniagaan ini dimata rakyat Sabah.

Namun, syukur kerana terdapat seorang rakyat Sabah yang bernama Alix Sunggin telah menampilkan diri untuk membantu rakyat Sabah untuk menceburi bidang perniagaan ini. Beliau telah menubuhkan syarikatnya dengan nama Akademi Forex Malaysia. Lokasi pejabatnya yang terletak di Kobusak Commercial Centre Penampang telah Berjaya melahirkan lebih daripada 200 lebih Pedagang-pedagang Forex Baru (New Forex Traders). Sudah terdapat bebarapa anak murid beliau mendapat status jutawan.

Sebelum ini, ia dikenali sebagai Akademi Forex Sabah namun setelah ia didaftarkan, nama tersebut ditukar menjadi Akademi Forex Malaysia. 

Beliau berharap agar rakyat Sabah mengambil peluang ini untuk mempelajari  ilmu Forex daripadanya kerana segala ilmunya yang sudah berusia lebih daripada 8 tahun akan diajar kepada mereka yang ingin mempelajarinya. 

Menurutnya juga, melalui info yang dikeluarkan daripada Bloomberg, transaksi perniagaan Forex ini merupakan perniagaan yang terbesar di dunia dengan jumlah 5 trillion sehari. Dijangkakan pada tahun 2020, angka ini akan meningkat kepada 10 trillion sehari. Perniagaan ini telah mengatasi perdagangan bursa saham yang ada didunia.

Dengan kewujudan Akademi Forex Malaysia yang satu-satunya di Malaysia yang berada di Sabah, rakyat Sabah sangat bertuah dan mempunyai peluang untuk bergelar jutawan. Namun, sebelum mampu mencapai status tersebut, anda semua dinasihati untuk mempelajari teknik-teknik yang betul dalam Forex bagi mengelakkan kerugian. Semuanya akan diajar melalui Akademi Forex Malaysia.

Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.