KOTA BELUD, 11 Julai 2017: Seorang perempuan telah menjadi mangsa samun didalam kaunter stesen minyak  Kedamaian, di Kg.Taginambur.

Mangsa yang bernama Jusinah Binti Taising yang berumur  48 tahun, merupakan seorang peniaga yang berasal dari Kg.Bukit Bendera, Jalan Ranau telah membuat laporan polis pada 10 Julai 2017 selepas kejadian samun yang berlaku pada jam 12.30pm.

Kes samun ini dilakukan oleh empat orang lelaki yang menaiki kenderaan jenis ALZA yang berwarna putih.

Menurut keterangan mangsa, kenderaan ALZA berwarna putih parkir dihadapan kaunter. Kemudian 3 lelaki telah turun daripada kenderaan tersebut. Seorang lelaki berdiri dihadapan pintu dan dua orang lelaki pula masuk kedalam kaunter. Salah seorang daripada lelaki itu bertanyakan kepada mangsa samada menjual rokok atau tidak dan mangsa mengatakan tidak.

Selepas itu, dua orang lelaki tersebut telah mengeluarkan pisau dan meminta  duit daripada mangsa. Mangsa yang cuba untuk melarikan diri bagaimanapun ditangkap dan pisau diacukan dileher mangsa.
 Mangsa telah kehilangan beg sandang yang berisi wang tunai sebanyak RM4000.00 beserta dengan beberapa keping kad reload yang belum digunakan. Ketiga-tiga lelaki tersebut telah melarikan diri menaiki kenderaan ALZA menuju ke Pekan Kota Belud.

Pihak IPD Kota Belud telah melancarkan Op Tutup dengan menutup kesemua jalan keluar dari Kota Belud. Op tersebut diketuai oleh seorang OCPD dengan 6 pegawai kanan dan 25 anggota bagi membuat pengesanan suspek didaerah Kota Belud.

Sekitar jam 12.45pm, Inspektor Azhani yang membuat rondaan dikawasaan Kg.Sembirai  Kota Belud telah terserempak dengan kenderaan suspek ALZA berwarna putih yang dinaiki oleh 4 lelaki.
Suspek yang menyedari kenderaan mereka diekori telah memecut laju dan berlaku kejar mengejar. Walau bagaimanapun, suspek berjaya meloloskan diri di Kg.Labuan, Kota Belud.


Gerakan mengesan kereta saspek diteruskan pada jam lebih kurang 1.45pm. Kereta suspek ditemui telah ditinggalkan dibawah sebuah rumah di Kg.Kesapang. Pemilik rumah itu telah mengesahkan bahawa adiknya yang bernama Nashruddin Bin Kiong yang meninggalkan kenderaan itu sebelum menukar sebuah kenderaan jenis Perodua Kenari.

Usaha mengesan kenderaan terus dijalankan dan kenderaan suspek berjaya ditemui, ditinggalkan didalam kawasan SMK Taun Gusi, Kota Belud.

Menurut pengawal keselamatan yang bertugas memberitahu pihak polis bahawa suspek tersebut telah meninggalkan kereta itu disana sebelum melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang sedang menunggu.

Kedua-dua kenderaan tersebut dirampas oleh pihak polis.

Suspek yang berjaya dikenalpasti adalah Nashruddin Bin Kiong dengan kad pengenalan 920605-12-7007, berumur 25 tahun yang berasal dari Kg.Kesapang Kota Belud.

Pihak polis masih berusaha untuk mengenalpasti suspek tiga suspek yang lain.

Bobohizan Press.

Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.