KOTA KINABALU, 4 Ogos 2017: Satu lagi laporan polis telah dibuat terhadap seorang rakyat Sarawak yang bernama Zulfaqar Sa'adi kerana telah menghina adat istiadat rakyat Sabah.

Ini telah menjadikan jumlah laporan polis yang telah dibuat keatasnya adalah sebanyak dua kali ditempat balai polis yang berbeza. 

Laporan pertama dibuat pada 20 Julai 2017 di Balai Polis Karamunsing Kota Kinabalu dan laporan kedua pada 29 Julai 2017 di Balai Polis Kinarut Papar. Ini telah menjadikan jumlah laporan polis yang telah dibuat keatasnya adalah sebanyak dua kali.

Sementara itu, satu laporan polis juga telah dibuat pada 25 Julai 2017 di Balai Polis Kota Marudu oleh Malangkit @ Felix Bin Kain keatas seorang penceramah Perjanjian Malaysia yang bernama Zainnal Ajamain kerana kenyataannya yang keterlaluan didalam Facebook telah mengundang kemarahaan orang Sabah.

Aduan keatas Zainnal Ajamain kini akan dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Difahamkan kedua-dua individu ini iaitu Zulfaqar Sa'adi dan Zainnal Ajamain kerap kali memperlekehkan usaha pemimpin-pemimpin didalam Gabungan Sabah.

Seorang aktivis Sabah yang telah membuat laporan pertama keatas Zulfaqar Sa'adi yang bernama Milin Biok Junior memberitahu Bobohizan Press bahawa beliau memohon untuk rakyat Sabah bersama-sama dengannya untuk menguatkan kecaman keatas individu yang telah menghina adat istiadat Sabah ini agar aduan tentang penghinaan ini akan mendapat perhatian yang serius oleh SKMM dan juga Makhamah Anak Negeri Sabah.

Tambahan beliau, "jangan biarkan satu sahaja laporan polis dibuat tetapi jalankanlah tanggungjawab untuk membela adat istiadat Tamadun bangsa Sabah untuk kebaikan bersama. Adat istiadat bangsa Sabah adalah nilai maruah kita dan jangan biarkan ia dipersendakan ataupun dihina maruah kita sebagai anak bangsa sejati yang berjiwa Sabahan. Jangan menuding jari keatas orang lain jika mereka terus memperlekehkan kita, jikalau anda mengabaikan maruah bangsa dan adat istiadat kita sendiri. Saya sudah melakukan tanggungjawab ini, jadi anda pula bila ingin bersama-sama melakukan? 

Laporan disampaikan oleh Bobohizan Press
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.