Haiwan mempunyai kitaran hidup yang tersendiri. Bagaimana mereka membiak dan mengekalkan populasinya bergantung penuh dengan cara kemandirian spesisnya itu.

Perkara yang sama juga berlaku bagi spesis burung Kedasih. Video dibawah ini menayangkan tentang bagaimana perjuangan spesis burung kedasih yang bertelur didalam sarang burung yang lain tanpa membuat sarangnya sendiri.

Setelah telur burung kedasih itu menetas, anak burung kedasih itu secara semula jadi tanpa diajar akan berusaha untuk menghilangkan saingannya dengan menolak telur induk/asal dari sarang itu. 

Pasangan burung induk kelihatan tidak dapat membezakan anaknya dan memberi makanan kepada anak burung kedasih.

Terdapat nilai-nilai tersembunyi yang dapat dipelajari oleh manusia untuk tidak melakukan perkara seperti ini didalam kehidupan harian.

Pengamalan spesis burung kedasih ini tidak dapat dipertikaikan kerana sememangnya inilah cara bagi spesis ini untuk hidup tetapi pengamalan ini tidak seharusnya dipraktiskan didalam kehidupan manusia.

Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.