Sebuah gambar yang dikongsikan oleh seorang aktivis SSKM-SSU(UK) yang bernama Doris Jones merupakan satu resit kad pengenalan sementara yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah kepada warga asing.

Rakyat Sabah tertanya-tanya tentang kuasa apakah yang dimiliki oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah sehingga mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Dimanakah tindakan Jabatan Imigresen Sabah serta Jabatan Pendaftaran Negara dalam menangani isu ini?

Jabatan Ketua Menteri Sabah mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan berhubung dengan perkara ini dan tidak boleh sesekali memilih untuk mendiamkan isu ini.

Amanah telah diberikan oleh rakyat agar Kerajaan yang mentadbir Sabah ini seharusnya memberikan keutamaan kepada rakyat Sabah.

Tindakan seperti ini memperlihatkan kewibawaan pentadbiran kerajaan Sabah dibawah parti UMNO-BN akan terjejas kerana telah mewujudkan persepsi negatif bahawa perlindungan terhadap warga asing dengan pemberian kad pengenalan sementara dilakukan untuk tujuan pilihanraya nanti.

Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.