KOTA KINABALU, 9 Julai 2017: Satu Dokumentari Hidupan Liar dengan tajuk Borneo Jungle Diaries sedang berlangsung di Sabah.

Borneo Jungle Diaries membawa kepada misi bersama saintis muda Malaysia dan saintis antarabangsa di Danau Girang Field Centre di Kinabatangan, untuk melindungi hidupan liar dan membongkar misteri hutan. 

Menurut jurucakap Borneo Jungle Diaries iaitu Rose Nomura berkata," antara aktiviti yang dilakukan mereka ialah menanda tenggiling Sunda dengan tag buat yang pertama kalinya, menangkap anak buaya dan ular sawa yang besar pada waktu malam, mengenali lebih lanjut dan mendalam lagi dengan tingkah laku primat pada waktu malam, mengekori sekumpulan gajah, dan banyak lagi."

Foto jurnalis alam sekitar, Aaron 'Bertie' Gekoski, mengikuti saintis dan haiwan yang berbeza setiap episod. 

Usaha yang dilakukan ini adalah hasil kerjasama daripada Menteri Perlancongan Negeri Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Sime Darby Foundation, Cardiff University dan Danau Girang Field Centre.

Usaha untuk mempromosikan dokumentari dan kesedaran hidupan liar ini turut disokong oleh Page Facebook Sabah Sarawak Future melalui perkongsian dilaman Page mereka setiap minggu.

Pihak Bobohizan Press difahamkan terdapat 10 episod dokumentari dan ia dikongsikan satu episod untuk setiap minggu.

"Jika anda sangat menyukai sains dan hidupan liar, sila bantu kami mempromosikan penemuan yang menakjubkan ini",kata jurucakap Borneo Jungle Diaries.

Selain itu, terdapat kuiz mingguan diadakan dan peserta yang berjaya menjawab dengan jayanya untuk setiap kuiz akan layak untuk menginap di Danau Girang Centre selama 3 hari 2 malam.

Jikalau terdapat persoalan, bolehlah berhubung terus kepada Scubazoo melalui laman rasmi Page Facebook mereka.

Liputan berita disampaikan oleh Bobohizan Press
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.