Unfortunately, you are someone who gives up often. You have an opinion that you just can’t influence the situation, so that’s why you tend to accept the terms given to you. You usually never argue and speaking in general, you prefer to behave very quiet and peaceful, because of any kind of a hassle, arguing and scandals make you feel sad. You have a kind heart and you are an honest person.
If you chose no. 2
You are the kind of person which tends to make hurried decisions. You usually do not give yourself enough time to analyze the whole situation, so you are making mistakes that could be previously avoided. Also, many people find you stubborn person.
If you chose no. 3
You are a kind of person who always goes till the end. You hardly give up and you fight for your rights to the last moment in almost every situation. You have the ability to become an excellent businessman, as thinking over different strategies is one of your main hobbies! You could definitely make a big success in this field.
If you chose no. 4
You are a real rebel in life! In some situations, you are capable to fight even against yourself, just to prove something. But, all those “little games” make you stop thinking rationally, though. One thing is sure, you are a born revolutionary.
Sebuah lagu tempatan yang berbahasa Dusun dengan tajuk Totosku Popogirot telah dipopularkan oleh seorang gadis Dusun kelahiran dari Manggatal Kota Kinabalu, Sabah.
Jona Sonny Saimin itulah nama yang diberikan oleh kedua-dua ibubapanya yang tercinta. Beliau lahir pada tahun 1991, berumur 26 tahun dan bekerja di sektor awam sebagai seorang jururawat di Hospital Likas.
Beliau memaklumkan bahawa statusnya masih lagi bujang namun masih belum lagi terfikir untuk mencari pasangan. Ini kerana beliau ingin memfokuskan bidang pekerjaannya sebagai seorang jururawat serta kariernya sebagai seorang penyanyi tempatan.
Menurut beliau, lagu ini telah diciptakan secara spontan bersama-sama dengan ibubapanya.
Jona dan Ibunya yang bernama Lajimah Mat telah mencipta muzik ini dan bapanya yang bernama Johnny Odon bersama-sama dengan ibunya telah menghasilkan lirik lagu.
Dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sememangnya meminati dalam bidang muzik telah memberikan kelebihan kepada dirinya. Alunan muzik yang sentimental dengan lirik lagu yang sedih dalam kategori balada ini diserasikan bersesuaian dengan suaranya.
Lagu ini yang bertajuk Totosku Popogirot membawa maksud "berusaha @ barabis untuk cuba merapatkan hubungan cinta".
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik lagu ini dan oleh kerana itu, beliau telah memberikan perkongsian pengertiannya.
Menurut Jona, kisah tentang lagu ini adalah tentang seorang gadis yang berusaha untuk memperbaiki hubungan antara dia dan teman lelakinya. Namun apa yang dilakukan oleh teman lelakinya itu ialah memungkiri janjinya kepada gadis itu. Teman lelakinya mengatakan bahawa dia akan kembali kepada dirinya, tetapi ia tidak kembali seperti yang dijanjikan. Perkara itu telah menyakiti hati si gadis. Segala usaha yang dilakukan oleh gadis itu untuk memperbaiki hubungan itu telah menemui kegagalan. Hubungannya tidak menjadi lebih baik sebaliknya lebih parah lagi.
Walau bagaimanapun, gadis itu telah memberitahu kepada bekas teman lelakinya itu untuk melupakan segala-galanya mengenai apa yang mereka pernah alami bersama-sama dahulu. Walaupun sudah tidak bersama lagi, gadis itu masih menyimpan perasaan sayang dan menasihati bekas teman lelakinya itu agar sentiasa menjaga diri.
Begitulah pengertian disebalik lagu yang bertajuk Totosku Popogirot. Ia sungguh menyedihkan serta menyayat hati. Walau bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa lagu ini tidak ada sebarang kaitan dengan kisah silam mahupun pengalamannya.
Harapan beliau ialah semoga orang ramai tidak kira umur akan terus kejar cita-cita dan minat masing-masing dan khasnya kepada mereka yang meminati bidang muzik. Beliau percaya bahawa orang-orang Sabah amat berbakat didalam bidang muzik dan asahkanlah bakat itu, katanya.
Liputan khas ini dibuat oleh Bobohizan Press sebagai tanda sokongan kepada Jona yang menceburi bidang nyayian dan ini secara tidak langsung telah membuatkan dirinya menjadi sebahagian daripada artis-artis tempatan Sabah yang mesti diberikan sokongan.
Marilah memberikan sokongan kepada industri lagu-lagu tempatan Sabah dengan membeli album lagu mereka jikalau sudah ada didalam pasaran.
Katakan TIDAK kepada cetak rompak dan sila membuat aduan jikalau terdapat pihak yang mencetak rompak lagu-lagu tempatan!
KOTA KINABALU, 12 April 2016: Sebuah video dengan tajuk "Bahasa Indonesia VS Melayu Sabah" telah menarik perhatian ramai pengguna-pengguna halaman sosial Facebook yang telah dikongsikan disebuah page Facebook yang bernama CF Sabah Press.
Video tersebut telah dihasilkan oleh seorang anak muda Sabah yang bernama Adam Shamil. Beliau berumur 21 tahun dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang filem dan penyiaran (BA (Hons) International Broadcasting and Film Studies) di University of Nottingham, Malaysia Campus.
Melalui perkongsiannya dengan Bobohizan Press, beliau mengatakan telah membuat akaun Youtube pada bulan Mac 2015 dengan tujuan untuk melakarkan senyuman orang ramai dengan menghasilkan pelbagai jenis video. Tambahannya, dia juga telah membuat satu video edisi khas yang bertajuk "Get it Right" yang berkisarkan dilema yang berlaku di Malaysia (bukan mengenai politik) khususnya untuk orang Sabah dan Sarawak.
Objektif penghasilan dan perkongsian video beliau ini adalah untuk membuatkan orang Sabah dan orang Sarawak berbangga tentang siapa diri mereka. Dalam erti kata lain, jangan sesekali berasa malu terhadap identiti diri sebaliknya berbangga pada diri kerana berasal daripada Sabah dan Sarawak.
Adam Shamil turut meluahkan perasaan gembiranya setelah melihat sambutan yang sangat tinggi dikalangan pengguna-pengguna halaman sosial Facebook.
Menurutnya, beliau sentiasa menghasilkan video pada setiap hari Sabtu (setiap minggu, satu video). Walau bagaimanapun, disebabkan oleh sambutan yang sangat menggalakkan hasil daripada video beliau itu (Bahasa Indonesia VS Bahasa Melayu Sabah), dia telah bercadang untuk menggunakan setiap hari Rabu untuk menghasilkan video yang akan menumpukan edisi yang berkisarkan kepada orang Sabah.
Beliau juga telah berkongsikan tentang kebolehan yang ada pada dirinya yang mana beliau suka untuk menjadi pengacara majlis dalam dwibahasa iaitu English dan Malay. Selain itu, dia juga suka menyanyi dan sangat suka bercakap dihadapan orang ramai.
Berdasarkan kepada rekod statitik video ini, ia telah dilihat lebih daripada 90,000 orang dan 5,003 shares (setakat ini) dan ia dijangka akan terus meningkat dalam beberapa hari ini.
Apabila Bobohizan Press bertanya tentang rancangan masa depan beliau, dia mengatakan bahawa selepas graduate, dia mahu membawa nama Sabah ke arena yang lebih tinggi dan kalau ada rezeki datang kepadanya, ingin dirinya untuk menceburi bidang perfileman dan penyiaran.
Melihat reaksi pengguna-pengguna halaman sosial Facebook, majoriti mereka sangat teruja, gembira dan menyokong usaha Adam Shamil dalam menghasilkan video-video seperti ini yang dapat memberikan pendidikan secara tidak langsung dan yang utama sekali keseronokan.
Bobohizan Press ingin mengajak anda semua untuk berkunjung ke Page Facebook rasminya dengan nama "AdamShamil" (dan jangan lupa untuk "Like" dan tinggalkan komen). Jangan juga lupa untuk "subscribe account youtube" beliau bagi membolehkannya untuk mengetahui sokongan orang awam terhadap video-video yang dihasilkannya. Beliau amat menggalakan agar orang ramai berkongsikan videonya menggunakan link youtube. Anda juga boleh mengikuti beliau melalui Instagram dengan nama "AdamShamil". Jikalau terdapat sebarang pertanyaan, anda semua dialu-alukan untuk menghubunginya melalui email "adamshamil94@icloud.com"
Gum-Gum, Sandakan: Seorang warga Timur Leste berbakat bernama Deus memperkenalkan lagu dan tarian yang mampu bersaing hebat dengan tarian poco-poco yang digemari oleh penduduk negeri ini.
Deus yang selama ini memendam bakatnya kerana bekerja di ladang kelapa sawit tidak mampu lagi menahan hajatnya untuk menjadi seorang artis terkemuka.
"Masanya telah tiba" kata Deus ketika diminta mengulas mengenai edisi lagu dan tarian terbarunya. BE News dimaklumkan bahawa, Deus kini suda cukup terkenal di persekitaran Gum-Gum.
Saksikan kehandalan Deus membawakan lagu dan tarian ini dalam bahasa Portugis.