Saban hari kita sering mendengar keluhan masyarakat di sekeliling mengenai kos sarah hidup yang semakin hari semakin meningkat. Melalui kehidupan seharian kita sendiri, kita juga merasakan bebanan itu. Bukan sahaja mereka yang tinggal di bandar merasakan bebanan ini, malah mereka yang tinggal di luar bandar khususnya mereka yang tinggal di pedalaman turut mendapat tempias.

Hari ini saya bertanya kepada seorang rakan, sudahkah dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang menentukan masa depan Negara? (sudah daftar untuk mengundi atau belum) Saya diajukan jawaban, “malaslah..saya tak suka campur hal politik”.

Jika 90% generasi muda yang mempunyai cara pemikiran yang sedemikian, apakah yang akan terjadi dengan Negara kita?? Setiap hari, bukan sahaja mereka yang diperingkat berumuran mengeluh dengan cara pemimpin memimpin Negara kita, malah generasi muda juga sudah mulai mengeluh malah sesetengah daripada mereka sudah mulai berani untuk memberontak. Salahkah kita apabila kita memberontak?? Pemberontakan tidak akan terjadi jikalau pemimpin mendengar keluhan rakyat. Pemborantakan tidak akan terjadi jika pemimpin mengetahui dan memahami apa yang diperlukan dan diinginkan oleh rakyat. 

Apabila seseorang pemimpin itu membawa beban kepada rakyat, masih layakkah beliau menjadi seorang pemimpin? Masihkah rakyat memerlukan pemimpin seperti itu? Pemimpin itu adalah seorang yang membawa kita keluar daripada tanah yang kering. Pemimpin itu adalah seorang yang membawa kita kepada padang rumput yang hijau! Bukan yang membawa kita kepada kehancuran, kebinasaan, kesengsaraan, kemiskinan dan penindasan. 

Kita yang hidup tanah Sabah ini merasakan beban itu. Tidak ada yang terkecuali selain daripada mereka yang kroupsi. Walaupun mempunyai pekerjaan sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta, semuanya merasakan beban ini. Walau ada di kalangan kita ini adalah ahli perniagaan, mereka juga turut merasakan beban ini.

Kepada Gen-Y diluar sana, sanggupkah anda melihat derita dan beban yang ditanggung oleh Sabahan selama 54th bersama membentuk sebuah Persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia ini?? kenapa saya tekankan ‘GEN-Y’ ? kerana Generasi muda inilah generasi yang akan memeggang tanah pusaka ini suatu hari nanti. Jika pemahaman politik ataupun kesedaran politik di kalangan generasi muda masa kini masih kurang, apa yang akan jadi pada tanah ini suatu hari nanti? Dengan sifat tidak ingin ambil tahu, apakah nasib tanah ini di masa akan datang? Masihkah ianya milik kita lagi ataupun bumi yang dipijak sudah menjadi milik orang lain?

Politik bukan urusanmu? Benarkah? Saya ingin bertanya, jika ianya bukan urusan kamu, urusan siapakah? Orang tua? Ibubapa? Orang lain? Rakan? Siapa? Jika kamu mengatakan ‘orang tua’, yang masih dalam golongan muda sekarang, tidakkah anda akan mennjadi tua di masa akan datang? Adakah anda menunggu hari tua anda baru anda mahu melibatkan diri? Anda tidak berminat dengan hal-hal yang mellibatkan politik? Tahukah anda, politik itu bermula daripada diri sendiri. Anda suka mahupun tidak, anda sudah berpolitik dengann diri sendiri! Jadi masihkah anda ingin mengatakan anda tidak suka akan hal-hal yang melibatkan politik?

Politik itu bermula daripada diri sendiri – keluarga – sekeliling – masyarakat dan seterusnya kesedaran yang membawa anda untuk mahu mengubahnya. Siapa yang mengubah? Saya? Kamu? Mereka? TIDAK! Kitalah yang akan mengubahnya.

Mahukah anda melihat tanah pusaka yang diturunkan oleh nenek moyangmu ini menjadi milik orang asing suatu hari nanti? 

Mahukan anda melihat anak cucu cicitmu mengemis ditanah pusakamu ini? 

Mahukah anda menjadi pelarian di tanah warisan turun temurun ini? 

Bayangkan raut wajah para pejuang yang sudah berhempas pulas mengorbankan masa dan wang ringgit bahkah mengorbankan nyawa hanya kerana ingin memberikan kita tanah yang bertuah ini. 

Hentikan keluhanmu. Sertailah perjuangan ini. Kelak anak cucu kita tidak akan rugi.

Salam sayang SABAH, Sabah for Sabahans,

Dari saya,

Ellshera Yap Len 
Sabahan Aktivis
Labels:

Post a Comment

  1. Terbaik Shera...teruskan kecemerlangan demi Perjuangan kita Sabahan. Dis Tym La!

    ReplyDelete
  2. Terbaik shera.. Join the fight..!!

    ReplyDelete

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.