Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kini di ambang kemuflisan berikutan tuntutan penduduk kampung serata Sabah yang menuntut pembayaran atas kematian ternakan masing-masing.

Difahamkan bahawa SESB kini bergiat cergas di kampung-kampung pedalaman dalam usaha mereka merenjat ternakan para peladang dengan kabel-kabel elektrik yang tidak selamat.

Seorang penternak dari Tamparuli berkata 3 ekor kerbaunya mati akibat daripada renjatan elektrik berpunca daripada aktiviti terbaru SESB ini. Beliau berkata bahawa tuntutan beliau telah dihantar ke pihak SESB lebih dari setahun lepas namun tidak menerima apa-apa balasan.

Encik Baraby dari Kampung Damat, Tamparuli berkata beliau mendapati bahawa 3 ekor daripada kerbau ternakannya mati mengeras, dipercayai akibat renjatan elektrik pada 10 Februari 2014. Ia berpunca daripada usaha baru pihak SESB untuk mengurangkan populasi kerbau di bahagian pedalaman Sabah yang dikatakan menyumbang kepada fenomena kepanasan dunia (greenhouse effect).

Encik Baraby berkata kini SESB berhutang RM8,000 kepadanya.

Jurucakap pihak SESB ketika diminta mengulas, mengesahkan tuntutan ini yang masih diproses oleh pihak pengurusan SESB yang kini dibanjiri dengan tuntutan-tuntutan serupa dari seluruh negeri Sabah.

"Walaupun kami bersimpati dengan nasib kerbau-kerbau tersebut, namun di pihak SESB kami lebih mengutamakan kepada usaha untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida berlebihan yang menyumbang kepada fenomena pemanasan global" Katanya.

"Di SESB kami bertungkus-lumus untuk mencapai piawaian terbaru dari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air" tambahnya lagi.

Infoline SESB dibanjiri dengan tuntutan serupa dari seluruh negeri. "Setakat ini, kami terpaksa mengambil pekerja separa-masa (part-time) hanya untuk menerima panggilan para penternak yang naik baran" ulasnya.

"Tidak dinafikan bahawa para penternak berasa tidak puas hati atas perkembangan terbaru ini, namun mereka perlu faham bahawa fenomena pemanasan global adalah jauh lebih penting" katanya lagi.

Difahamkan, pihak SESB kini menanggung hutang yang besar akibat daripada perlaksanaan polisi terbaru ini yang dijangkakan bakal menelan belanja ribuan ringgit. Ia juga bakal menghapuskan populasi kerbau ternakan termasuklah para penternak seluruh negeri menjelang tahun 2020.

BE NEWS
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.