Los Angeles, US: Pondan sensasi Amerika Syarikat, Caitlyn Jenner dianugerahkan hadiah berprestij Arthur Ashe Courage award di ESPY, Los Angeles.

Pondan bersaiz gergasi dan bersuara garau itu jelas sebak dan terharu dengan penghargaan tersebut. Jenner yang berusia 65 tahun itu mengalirkan air mata di pengakhiran ucapannya sambil mengucapkan terima kasih kepada ibu, kakak dan 6 orang anak-anaknya.

"Saya sangat bersyukur mempunyai kalian di samping saya selama ini" katanya dengan suara garau dan pecah.

Jenner mengejutkan dunia pada bulan Jun dengan mengumumkan dirinya sebagai pondan transgender di majalah Vanity fair sambil memakai pakaian seksi penuh ghairah. Dia yang sebelum ini dikenali sebagai Bruce Jenner meminta untuk dipanggil sebagai Caitlyn Jenner selepas pertukaran jantinanya.

Anugerah berprestij itu diberi setiap tahun untuk individu yang menunjukkan keberanian dan menyumbang dalam bidang kesukanan. Antara pemenang-pemenang lepas termasuklah Nelson Mandela, Muhammad Ali, Robin Roberts dan Pat Summit.

Sungguhpun Jenner merupakan pemenang pingat emas Olimpik acara decathlon pada tahun 1976, tidak dapat dipastikan apakah sumbangan lain beliau untuk meraih anugerah tersebut.

Bob Costas, pemberita sukan NBC mengatakan bahawa pemilihan Jenner adalah "exploitasi murahan". Adalah jelas bahawa selain dari pertukaran jantinanya, Jenner tidak membawa apa-apa sumbangan lain.

Sesetengah pihak berkata bahawa pertukaran zakarnya memainkan peranan penting dalam memenangi anugerah ini.

Saksikan ucapan beliau di majlis tersebut.

BE NEWS.

Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.