Latest Post

Presiden FIFA, Sepp Blatter terkejut beruk apabila pelawak UK Simon Brodkin menabur duit palsu kertas kepadanya dalam persidangan FIFA baru-baru ini.

Brodkin yang secara selamba mendekati Blatter berkata "nah Blatter" sambil meletakkan segenggam duit tersebut di atas meja.

Blatter yang tampak cukup malu berkata "dimana sekuriti saya? di mana sekuriti saya?" sebelum dua orang sekuritinya tampil.

Brodkin kemudiannya menabur segenggam lagi duit tersebut pada majlis tersebut.

BE NEWS

Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kini di ambang kemuflisan berikutan tuntutan penduduk kampung serata Sabah yang menuntut pembayaran atas kematian ternakan masing-masing.

Difahamkan bahawa SESB kini bergiat cergas di kampung-kampung pedalaman dalam usaha mereka merenjat ternakan para peladang dengan kabel-kabel elektrik yang tidak selamat.

Seorang penternak dari Tamparuli berkata 3 ekor kerbaunya mati akibat daripada renjatan elektrik berpunca daripada aktiviti terbaru SESB ini. Beliau berkata bahawa tuntutan beliau telah dihantar ke pihak SESB lebih dari setahun lepas namun tidak menerima apa-apa balasan.

Encik Baraby dari Kampung Damat, Tamparuli berkata beliau mendapati bahawa 3 ekor daripada kerbau ternakannya mati mengeras, dipercayai akibat renjatan elektrik pada 10 Februari 2014. Ia berpunca daripada usaha baru pihak SESB untuk mengurangkan populasi kerbau di bahagian pedalaman Sabah yang dikatakan menyumbang kepada fenomena kepanasan dunia (greenhouse effect).

Encik Baraby berkata kini SESB berhutang RM8,000 kepadanya.

Jurucakap pihak SESB ketika diminta mengulas, mengesahkan tuntutan ini yang masih diproses oleh pihak pengurusan SESB yang kini dibanjiri dengan tuntutan-tuntutan serupa dari seluruh negeri Sabah.

"Walaupun kami bersimpati dengan nasib kerbau-kerbau tersebut, namun di pihak SESB kami lebih mengutamakan kepada usaha untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida berlebihan yang menyumbang kepada fenomena pemanasan global" Katanya.

"Di SESB kami bertungkus-lumus untuk mencapai piawaian terbaru dari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air" tambahnya lagi.

Infoline SESB dibanjiri dengan tuntutan serupa dari seluruh negeri. "Setakat ini, kami terpaksa mengambil pekerja separa-masa (part-time) hanya untuk menerima panggilan para penternak yang naik baran" ulasnya.

"Tidak dinafikan bahawa para penternak berasa tidak puas hati atas perkembangan terbaru ini, namun mereka perlu faham bahawa fenomena pemanasan global adalah jauh lebih penting" katanya lagi.

Difahamkan, pihak SESB kini menanggung hutang yang besar akibat daripada perlaksanaan polisi terbaru ini yang dijangkakan bakal menelan belanja ribuan ringgit. Ia juga bakal menghapuskan populasi kerbau ternakan termasuklah para penternak seluruh negeri menjelang tahun 2020.

BE NEWS

Swansea, Wales: Tiga peladang di Wales dipenjarakan selepas didapati bersalah menjalankan aktiviti perniagaan melibatkan seks dengan kambing biri-biri, BE News dimaklumkan.

Adam Cafferty dan John Cafferty bersama dengan ayah mereka, David Cafferty menjalankan kegiatan tersebut yang dinamakan sebagai "kelab lelaki" (gentlemen's club) di The Ram Inn, Grange Road, Swansea.

Adik-beradik tersebut, masing-masing berumur 31 dan 28, dan ayah mereka 52, mengaku memelihara haiwan-haiwan tersebut dari Januari 2011 hingga Julai 2015. Juri-juri yang bersidang semasa penghakiman mengambil masa kurang daripada 3 jam untuk menyabitkan ketiga-tiga peladang tersebut bersalah.

Semasa penghakiman tersebut, didapati bahawa mereka telah membuat sebuah laman web di mana pengunjung dari serata negara boleh memilih haiwan kegemaran mereka dan membuat tempahan.

Kedua-dua adik-beradik ini dan ayah mereka dijatuhkan hukuman 4 tahun penjara.

David Cafferty, 52, mengaku bersalah atas kesalahan memyimpan haiwan-haiwan ternakan tersebut untuk tujuan seks dan dijatuhkan hukuman 8 bulan penjara yang ditangguhkan untuk 2 tahun.

Semasa perbicaraan, David Cafferty mengakui bahawa beliau adalah rakan perniagaan bersama-sama dengan anaknya. Di berkata bahawa dia tahu kewujudan premis-premis tersebut sebagai rumah pelacuran haiwan, tetapi tidak secara langung terlibat dalam pengurusannya dan tidak mengambil apa-apa hasil dari kegiatan tersebut.

Cafferty mengakui bahawa beliau mempunyai pengetahuan mengenai premis-premis tersebut sebagai tempat maksiat bersama haiwan. Dia juga mengakui terdapat beberapa bilik, sesetengahnya dengan siling bercermin ditempatkan disitu.

Susulan daripada hukuman tersebut, Detektif Inspektor John Jones dari Swansea CID berkata: "Kesemua tertuduh ditangkap pada awal Julai sebagai usaha untuk memerangi sindiket jenayah terrancang di Wales"

Saksikan aksi yang berlaku di Swansea, Wales di sini:

BE NEWS

Gum-Gum, Sandakan: Seorang warga Timur Leste berbakat bernama Deus memperkenalkan lagu dan tarian yang mampu bersaing hebat dengan tarian poco-poco yang digemari oleh penduduk negeri ini.

Deus yang selama ini memendam bakatnya kerana bekerja di ladang kelapa sawit tidak mampu lagi menahan hajatnya untuk menjadi seorang artis terkemuka.

"Masanya telah tiba" kata Deus ketika diminta mengulas mengenai edisi lagu dan tarian terbarunya. BE News dimaklumkan bahawa, Deus kini suda cukup terkenal di persekitaran Gum-Gum.

Saksikan kehandalan Deus membawakan lagu dan tarian ini dalam bahasa Portugis.

BE NEWS.

Los Angeles, US: Pondan sensasi Amerika Syarikat, Caitlyn Jenner dianugerahkan hadiah berprestij Arthur Ashe Courage award di ESPY, Los Angeles.

Pondan bersaiz gergasi dan bersuara garau itu jelas sebak dan terharu dengan penghargaan tersebut. Jenner yang berusia 65 tahun itu mengalirkan air mata di pengakhiran ucapannya sambil mengucapkan terima kasih kepada ibu, kakak dan 6 orang anak-anaknya.

"Saya sangat bersyukur mempunyai kalian di samping saya selama ini" katanya dengan suara garau dan pecah.

Jenner mengejutkan dunia pada bulan Jun dengan mengumumkan dirinya sebagai pondan transgender di majalah Vanity fair sambil memakai pakaian seksi penuh ghairah. Dia yang sebelum ini dikenali sebagai Bruce Jenner meminta untuk dipanggil sebagai Caitlyn Jenner selepas pertukaran jantinanya.

Anugerah berprestij itu diberi setiap tahun untuk individu yang menunjukkan keberanian dan menyumbang dalam bidang kesukanan. Antara pemenang-pemenang lepas termasuklah Nelson Mandela, Muhammad Ali, Robin Roberts dan Pat Summit.

Sungguhpun Jenner merupakan pemenang pingat emas Olimpik acara decathlon pada tahun 1976, tidak dapat dipastikan apakah sumbangan lain beliau untuk meraih anugerah tersebut.

Bob Costas, pemberita sukan NBC mengatakan bahawa pemilihan Jenner adalah "exploitasi murahan". Adalah jelas bahawa selain dari pertukaran jantinanya, Jenner tidak membawa apa-apa sumbangan lain.

Sesetengah pihak berkata bahawa pertukaran zakarnya memainkan peranan penting dalam memenangi anugerah ini.

Saksikan ucapan beliau di majlis tersebut.

BE NEWS.

Putrajaya: Wakil Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan bahawa beliau kini sedang mengembling tenaga untuk menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengembalikan hak 40% hasil negeri Sabah kepada rakyat negeri ini yang dijangka berjumlah RM 100 billion.

Anifah ketika diminta mengulas berkata bahawa selama ini beliau seolah-olah terpukau dengan kebijaksanaan pentadbiran Najib yang penuh bergaya dan karisma.

Ini disahkan oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya yang  dikatakan turut terpukau dengan kebijaksanaan pimpinan UMNO/BN selama 42 tahun. Kali terakhir royali minyak dan gas Sabah dibayar oleh persekutuan Tanah Melayu adalah pada tahun 1974,  ketika Tun Mustapha masih menduduki tampuk pemerintahan Sabah.

Ini bermakna 10 ketua menteri Sabah yang memegang teraju kepimpinan selama ini turut sama terpukau.

"Tuntutan 40% kepada negeri Sabah ini adalah sah dibawah perlembagaan persekutuan. Ia adalah milik kita dan kita berhak menuntutnya" kata Anifah yang dipetik oleh pemberita.

Najib yang agak terkejut dengan permintaan mendadak pemimpin-pemimpin Sabah ini bagaimanapun berjanji untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji tuntutan ini.

Najib baru-baru ini mengharumkan nama negara berikutan rating terbaru dari agensi rating Fitch yang memberi rating A+++ untuk kedudukan fiskal kewangan negara. Ia dilihat semakin kukuh berikutan kejayaan Jho Low meraih keuntungan dari pelaburan dana dari syarikat 1MDB.

Najib pada kempen pilihan raya umum lepas berkata bahawa Sabah adalah "simpanan tetap" (Fixed deposit) parti BN. Tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan oleh beliau. Walau bagaimanapun, penganalisa politik bebas, Prof. Jauhari Ahmad berkata bahawa simpanan tetap yang dimaksudkan oleh Najib adalah berupa dana RM100 billion ini.

Joseph Sipanggil, dari Tambunan ketika diminta mengulas berkata bahawa beliau sangat berbangga dengan inisiatif Anifah dan pemimpin-pemimpin Sabah ini. "Saya sangat berbesar hati mendengar khabar ini pagi tadi" kata Joseph. "Untuk ini, saya dan keluarga akan mengadakan kenduri kecil-kecilan untuk menunjukkan sokongan kepada usaha tersebut" tambahnya lagi.

(Note: This is a satirical news. Find out what it means here)

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.