Latest Post

Perlombongan tahun kedua - 1972
Bagaimana ia bermula?

Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan.

Perlombongan tahun keempat - 1974
Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD.

Perlombongan tahun kelapan - 1978
Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembaga. Yang lain adalah bijih-bijih perak dan emas.

Perlombongan tahun ke14 - 1984
Justeru itu, perlombongan oleh OMRD bermula pada tahun 1970. Selepas 5 tahun beroperasi, pada November 1975, penghantaran sulung bijih tembaga telah diangkut ke jeti Usukan dan seterusnya ke Jepun untuk penapisan di negara tersebut. 

Perlombongan tahun ke26 - 1996
Gambar dibawah ini adalah tanah sekitar Mamut sebelum ia diterokai pada tahun 1963. Di sebelah belakang adalah Gunung Kinabalu.

Sebuah video menayangkan seorang perempuan yang ditanam hidup-hidup bersama-sama dengan sebuah badan lelaki yang tidak bernyawa. Dipercayai lelaki itu adalah suami kepada perempuan itu.
Pengamalan budaya kuno yang masih dipraktikkan oleh suku etnik ini di luar negara adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat pada masa sekarang. 

Video ini telah menjadi viral dialam maya Facebook dan menjadi perbualan awam.

Ketika keadaan ekonomi dunia tidak menentu, ramai orang sedang merungut terutama sekali golongan ahli-ahli perniagaan kerana ketidakstabilan ekonomi telah menjejaskan pendapatan mereka. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan golongan perniagaan malah bagi mereka yang bekerja dalam kerajaan dan swasta juga merasakan impak kerana harga barangan semakin meningkat tanpa titik noktah. Pendapatan bulanan pada masa kini seperti sudah tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan. Ketidakstabilan politik telah menjejaskan keyakinan pelabur asing dan telah menyaksikan beberapa syarikat besar asing telah menarik keluar pelaburan mereka dari negara Malaysia.

Meskipun keadaan hidup kian menyempit, orang ramai tidak pernah berputus asa untuk meneruskan kehidupan demi keluarga yang disayangi. Semangat ini telah membantu diri mereka untuk mencari sumber alternatif dalam mencari wang.

Di Sabah, penduduknya yang kini sudah mencecah 3.1 juta lebih mempunyai potensi kuasa beli yang kuat. Persaingan perniagaan jelas dapat dilihat dimana-mana yang secara langsung boleh menjadi indikator ataupun petanda bahawa ekonomi Sabah semakin menjadi rancak tahun demi tahun.

Walau apapun jenis perniagaan yang wujud di Sabah, satu jenis perniagaan kini telah menjadi pilihan rakyat Sabah. Perniagaan tersebut adalah Forex atau Foreign Exchange (Tukaran Matawang Asing). Jenis perniagaan ini telah menjadi popular kerana ia mudah dikendalikan. Walau bagaimanapun, rakyat Sabah telah menjadi mangsa yang kejam oleh Broker Forex yang palsu. Terlalu banyak duit rakyat Sabah telah melayang kerana tertipu dengan Broker-broker Forex yang palsu sehingga menjejaskan imej dan prestij perniagaan ini dimata rakyat Sabah.

Namun, syukur kerana terdapat seorang rakyat Sabah yang bernama Alix Sunggin telah menampilkan diri untuk membantu rakyat Sabah untuk menceburi bidang perniagaan ini. Beliau telah menubuhkan syarikatnya dengan nama Akademi Forex Malaysia. Lokasi pejabatnya yang terletak di Kobusak Commercial Centre Penampang telah Berjaya melahirkan lebih daripada 200 lebih Pedagang-pedagang Forex Baru (New Forex Traders). Sudah terdapat bebarapa anak murid beliau mendapat status jutawan.

Sebelum ini, ia dikenali sebagai Akademi Forex Sabah namun setelah ia didaftarkan, nama tersebut ditukar menjadi Akademi Forex Malaysia. 

Beliau berharap agar rakyat Sabah mengambil peluang ini untuk mempelajari  ilmu Forex daripadanya kerana segala ilmunya yang sudah berusia lebih daripada 8 tahun akan diajar kepada mereka yang ingin mempelajarinya. 

Menurutnya juga, melalui info yang dikeluarkan daripada Bloomberg, transaksi perniagaan Forex ini merupakan perniagaan yang terbesar di dunia dengan jumlah 5 trillion sehari. Dijangkakan pada tahun 2020, angka ini akan meningkat kepada 10 trillion sehari. Perniagaan ini telah mengatasi perdagangan bursa saham yang ada didunia.

Dengan kewujudan Akademi Forex Malaysia yang satu-satunya di Malaysia yang berada di Sabah, rakyat Sabah sangat bertuah dan mempunyai peluang untuk bergelar jutawan. Namun, sebelum mampu mencapai status tersebut, anda semua dinasihati untuk mempelajari teknik-teknik yang betul dalam Forex bagi mengelakkan kerugian. Semuanya akan diajar melalui Akademi Forex Malaysia.

Sebuah lagu tempatan yang berbahasa Dusun dengan tajuk Totosku Popogirot telah dipopularkan oleh seorang gadis Dusun kelahiran dari Manggatal Kota Kinabalu, Sabah.

Jona Sonny Saimin itulah nama yang diberikan oleh kedua-dua ibubapanya yang tercinta. Beliau lahir pada tahun 1991, berumur 26 tahun dan bekerja di sektor awam sebagai seorang jururawat di Hospital Likas.

Beliau memaklumkan bahawa statusnya masih lagi bujang namun masih belum lagi terfikir untuk mencari pasangan. Ini kerana beliau ingin memfokuskan  bidang pekerjaannya sebagai seorang jururawat serta kariernya sebagai seorang penyanyi tempatan.

Menurut beliau, lagu ini telah diciptakan secara spontan bersama-sama dengan ibubapanya. 

Jona dan Ibunya yang bernama Lajimah Mat telah mencipta muzik ini dan bapanya yang bernama Johnny Odon bersama-sama dengan ibunya telah menghasilkan lirik lagu.

Dilahirkan  didalam sebuah keluarga yang sememangnya meminati dalam bidang muzik telah memberikan kelebihan kepada dirinya. Alunan muzik yang sentimental dengan lirik lagu yang sedih dalam kategori balada ini diserasikan bersesuaian dengan suaranya.

Lagu ini yang bertajuk Totosku Popogirot membawa maksud "berusaha @ barabis untuk cuba merapatkan hubungan cinta". 

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik lagu ini dan oleh kerana itu, beliau telah memberikan perkongsian pengertiannya.

Menurut Jona, kisah tentang lagu ini adalah tentang seorang gadis yang berusaha untuk memperbaiki hubungan antara dia dan teman lelakinya. Namun apa yang dilakukan oleh  teman lelakinya itu ialah memungkiri janjinya kepada gadis itu. Teman lelakinya mengatakan bahawa dia akan kembali kepada dirinya, tetapi ia tidak kembali seperti yang dijanjikan. Perkara itu telah menyakiti hati si gadis. Segala usaha yang dilakukan oleh gadis itu untuk memperbaiki hubungan itu telah menemui kegagalan. Hubungannya tidak menjadi lebih baik sebaliknya lebih parah lagi.

Walau bagaimanapun, gadis itu telah memberitahu kepada bekas teman lelakinya itu untuk melupakan segala-galanya mengenai apa yang mereka pernah alami bersama-sama dahulu. Walaupun sudah tidak bersama lagi, gadis itu masih menyimpan perasaan sayang dan menasihati bekas teman lelakinya itu agar sentiasa menjaga diri.

Begitulah pengertian disebalik lagu yang bertajuk Totosku Popogirot. Ia sungguh menyedihkan serta menyayat hati. Walau bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa lagu ini tidak ada sebarang kaitan dengan kisah silam mahupun pengalamannya. 

Harapan beliau ialah semoga orang ramai tidak kira umur akan terus kejar cita-cita dan minat masing-masing dan khasnya kepada mereka yang meminati bidang muzik. Beliau percaya bahawa orang-orang Sabah amat berbakat didalam bidang muzik dan asahkanlah bakat itu, katanya.

Liputan khas ini dibuat oleh Bobohizan Press sebagai tanda sokongan kepada Jona yang menceburi bidang nyayian dan ini secara tidak langsung telah membuatkan dirinya menjadi sebahagian daripada artis-artis tempatan Sabah yang mesti diberikan sokongan.

Marilah memberikan sokongan kepada industri lagu-lagu tempatan Sabah dengan membeli album lagu mereka jikalau sudah ada didalam pasaran.

Katakan TIDAK kepada cetak rompak dan sila membuat aduan jikalau terdapat pihak yang mencetak rompak lagu-lagu tempatan!

Sokonglah Penyanyi Tempatan Sabah.

Sebelum ini pernah tersebar secara meluas kononnya ada seorang lelaki dari negara Brazil berjaya merekodkan sepasang malaikat yang sedang berterbangan diudara dengan menggunakan telefon android miliknya.

Orang ramai terpedaya dan video tersebut telah menjadi viral.

Walau bagaimanapun, pemilik asal kepada video tersebut telah tampil untuk memperbetulkan keadaaan dengan mengatakan bahawa video tersebut telah disalahgunakan oleh seseorang individu yang tidak bertanggungjawab.

Pemilik video itu berkata, beliau mengkongsikan video tersebut di akaun youtube miliknya setelah berjaya membuat animasi sepasang malaikat yang berterbangan diudara namun video itu disebarkan dengan mesej yang sangat bertentangan daripada tujuan asalnya itu.

Beliau berharap orang ramai tidak lagi terpedaya dengan video tersebut.

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.