April 2016

KOTA KINABALU, 12 April 2016: Sebuah video dengan tajuk "Bahasa Indonesia VS Melayu Sabah" telah menarik perhatian ramai pengguna-pengguna halaman sosial Facebook yang telah dikongsikan disebuah page Facebook yang bernama CF Sabah Press.

Video tersebut telah dihasilkan oleh seorang anak muda Sabah yang bernama Adam Shamil. Beliau berumur 21 tahun dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang filem dan penyiaran (BA (Hons) International Broadcasting and Film Studies) di University of Nottingham, Malaysia Campus.
Melalui perkongsiannya dengan Bobohizan Press, beliau mengatakan telah membuat akaun Youtube pada bulan Mac 2015 dengan tujuan untuk melakarkan senyuman orang ramai dengan menghasilkan pelbagai jenis video. Tambahannya, dia juga telah membuat satu video edisi khas yang bertajuk "Get it Right" yang berkisarkan dilema yang berlaku di Malaysia (bukan mengenai politik) khususnya untuk orang Sabah dan Sarawak.

Objektif penghasilan dan perkongsian video beliau ini adalah untuk membuatkan orang Sabah dan orang Sarawak berbangga tentang siapa diri mereka. Dalam erti kata lain, jangan sesekali berasa malu terhadap identiti diri sebaliknya berbangga pada diri kerana berasal daripada Sabah dan Sarawak.

Adam Shamil turut meluahkan perasaan gembiranya setelah melihat sambutan yang sangat tinggi dikalangan pengguna-pengguna halaman sosial Facebook.

Menurutnya, beliau sentiasa menghasilkan video pada setiap hari Sabtu (setiap minggu, satu video). Walau bagaimanapun, disebabkan oleh sambutan yang sangat menggalakkan hasil daripada video beliau itu (Bahasa Indonesia VS Bahasa Melayu Sabah), dia telah bercadang untuk menggunakan setiap hari Rabu untuk menghasilkan video yang akan menumpukan edisi yang berkisarkan kepada orang Sabah.  

Beliau juga telah berkongsikan tentang kebolehan yang ada pada dirinya yang mana beliau suka untuk menjadi pengacara majlis dalam dwibahasa iaitu English dan Malay. Selain itu, dia juga suka menyanyi dan sangat suka bercakap dihadapan orang ramai.

Berdasarkan kepada rekod statitik video ini, ia telah dilihat lebih daripada 90,000 orang dan 5,003 shares (setakat ini) dan ia dijangka akan terus meningkat dalam beberapa hari ini. 

Apabila Bobohizan Press bertanya tentang rancangan masa depan beliau, dia mengatakan bahawa selepas graduate, dia mahu membawa nama Sabah ke arena yang lebih tinggi dan kalau ada rezeki datang kepadanya, ingin dirinya untuk menceburi bidang perfileman dan penyiaran.

Melihat reaksi pengguna-pengguna halaman sosial Facebook, majoriti mereka sangat teruja, gembira dan menyokong usaha Adam Shamil dalam menghasilkan video-video seperti ini yang dapat memberikan pendidikan secara tidak langsung dan yang utama sekali keseronokan.

Bobohizan Press ingin mengajak anda semua untuk berkunjung ke Page Facebook rasminya dengan nama "AdamShamil" (dan jangan lupa untuk "Like" dan tinggalkan komen). Jangan juga lupa untuk "subscribe account youtube" beliau bagi membolehkannya untuk mengetahui sokongan orang awam terhadap video-video yang dihasilkannya. Beliau amat menggalakan agar orang ramai berkongsikan videonya menggunakan link youtube. Anda juga boleh mengikuti beliau melalui Instagram dengan nama "AdamShamil". Jikalau terdapat sebarang pertanyaan, anda semua dialu-alukan untuk menghubunginya melalui email "adamshamil94@icloud.com"

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.