2016

KOTA KINABALU, 12 April 2016: Sebuah video dengan tajuk "Bahasa Indonesia VS Melayu Sabah" telah menarik perhatian ramai pengguna-pengguna halaman sosial Facebook yang telah dikongsikan disebuah page Facebook yang bernama CF Sabah Press.

Video tersebut telah dihasilkan oleh seorang anak muda Sabah yang bernama Adam Shamil. Beliau berumur 21 tahun dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang filem dan penyiaran (BA (Hons) International Broadcasting and Film Studies) di University of Nottingham, Malaysia Campus.
Melalui perkongsiannya dengan Bobohizan Press, beliau mengatakan telah membuat akaun Youtube pada bulan Mac 2015 dengan tujuan untuk melakarkan senyuman orang ramai dengan menghasilkan pelbagai jenis video. Tambahannya, dia juga telah membuat satu video edisi khas yang bertajuk "Get it Right" yang berkisarkan dilema yang berlaku di Malaysia (bukan mengenai politik) khususnya untuk orang Sabah dan Sarawak.

Objektif penghasilan dan perkongsian video beliau ini adalah untuk membuatkan orang Sabah dan orang Sarawak berbangga tentang siapa diri mereka. Dalam erti kata lain, jangan sesekali berasa malu terhadap identiti diri sebaliknya berbangga pada diri kerana berasal daripada Sabah dan Sarawak.

Adam Shamil turut meluahkan perasaan gembiranya setelah melihat sambutan yang sangat tinggi dikalangan pengguna-pengguna halaman sosial Facebook.

Menurutnya, beliau sentiasa menghasilkan video pada setiap hari Sabtu (setiap minggu, satu video). Walau bagaimanapun, disebabkan oleh sambutan yang sangat menggalakkan hasil daripada video beliau itu (Bahasa Indonesia VS Bahasa Melayu Sabah), dia telah bercadang untuk menggunakan setiap hari Rabu untuk menghasilkan video yang akan menumpukan edisi yang berkisarkan kepada orang Sabah.  

Beliau juga telah berkongsikan tentang kebolehan yang ada pada dirinya yang mana beliau suka untuk menjadi pengacara majlis dalam dwibahasa iaitu English dan Malay. Selain itu, dia juga suka menyanyi dan sangat suka bercakap dihadapan orang ramai.

Berdasarkan kepada rekod statitik video ini, ia telah dilihat lebih daripada 90,000 orang dan 5,003 shares (setakat ini) dan ia dijangka akan terus meningkat dalam beberapa hari ini. 

Apabila Bobohizan Press bertanya tentang rancangan masa depan beliau, dia mengatakan bahawa selepas graduate, dia mahu membawa nama Sabah ke arena yang lebih tinggi dan kalau ada rezeki datang kepadanya, ingin dirinya untuk menceburi bidang perfileman dan penyiaran.

Melihat reaksi pengguna-pengguna halaman sosial Facebook, majoriti mereka sangat teruja, gembira dan menyokong usaha Adam Shamil dalam menghasilkan video-video seperti ini yang dapat memberikan pendidikan secara tidak langsung dan yang utama sekali keseronokan.

Bobohizan Press ingin mengajak anda semua untuk berkunjung ke Page Facebook rasminya dengan nama "AdamShamil" (dan jangan lupa untuk "Like" dan tinggalkan komen). Jangan juga lupa untuk "subscribe account youtube" beliau bagi membolehkannya untuk mengetahui sokongan orang awam terhadap video-video yang dihasilkannya. Beliau amat menggalakan agar orang ramai berkongsikan videonya menggunakan link youtube. Anda juga boleh mengikuti beliau melalui Instagram dengan nama "AdamShamil". Jikalau terdapat sebarang pertanyaan, anda semua dialu-alukan untuk menghubunginya melalui email "adamshamil94@icloud.com"

RANAU, 9 Februari 2016: Seorang gadis Ranau telah hampir menjadi mangsa rogol oleh bekas majikannya telah menyebarkan cerita sebenar didalam Facebook akaun keduanya agar mendapat sokongan moral daripada pengguna media sosial dan masyarakat umum di Sabah.

Mangsa yang dikenali dengan nama sebenar Harnefer Johumin, bekas graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2015 telah bertindak berani dengan menceritakan hal sebenar yang telah berlaku kepada dirinya melalui media sosial Facebook dengan menggunakan akaun profil Facebook keduanya. Ini kerana akaun Facebook pertamanya telah dicerobohi oleh bekas majikannya yang telah disahkan oleh beliau sendiri "telah mengambilalih" akaun tersebut daripadanya sehingga sekarang melalui maklumat yang diperolehi daripada telefon pintar yang dirampas daripadanya pada dua minggu yang lalu.

Melalui perkongsian ceritanya yang telah dikongsikan didalam akaun Facebooknya keduanya, beliau yang telah bekerja disebuah Firma Perunding yang bernama Fernandez and Fernandez Consulting sejak bulan Ogos 2015 sehingga Disember 2015 telah diganggu oleh bekas majikannya yang bernama Callistus Fernandez. Bekas majikannya yang berumur dalam lingkungan 40 tahun, berbangsa India yang berasal daripada Semenanjung Malaysia (Malaya) sebenarnya telah menaruh perasaan dan mahu menjalinkan hubungan sebagai kekasih dengannya namun setelah mendapat tahu bahawa mangsa tersebut sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan, bekas majikannya telah bertindak diluar jangkaan dengan berusaha untuk mengugut dan mengancam diri mangsa.

Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila bekas majikannya ini hampir merogolnya dengan mencekik leher dan meramas tubuhnya di Beverly Hill, Penampang pada tarikh 31 Januari 2016, sekitar jam 4-5 petang di kawasan letak kereta. Walau bagaimanapun, gadis Ranau yang hampir menjadi mangsa rogol oleh bekas majikannya ini telah berjaya melepaskan diri dan hanya mempunyai kekuatan untuk membuat laporan Polis pada 5 Februari 2016 di Balai Polis Ranau bersama-sama dengan ibu dan bekas tunangnya.

Menurut mangsa, bekas majikannya ini sebenarnya sudah berkahwin namun telah ditinggalkan oleh isterinya. Selain itu, firma perunding bekas majikannya merupakan seorang Juruperunding Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Bekas majikannya juga mendakwa bahawa semua ADUN dan MP Sabah akan tunduk kepadanya kerana dia merupakan perantara Najib Razak di Sabah. Tambahan kepada informasi yang diberikan olehnya, MP Ranau iaitu YB.Datuk Ewon Ebin adalah orang yang sangat rapat dengannya. Ugutan demi ugutan berserta dengan ancaman digunakan oleh bekas majikannya terhadap diri dan keluarganya telah dilakukan tanpa henti sehingga sekarang.

Perkara yang lebih mengejutkan lagi apabila bekas majikannya memberitahu kepadanya bahawa tindakan untuk tidak melepaskanya yang dilakukan bekas majikannya adalah berdasarkan atas nasihat daripada seorang Inspektor yang bertugas di Balai Polis Penampang yang bernama Inspektor Najib. Dengan menggunakan segala pengaruh dan kedudukannya sebagai seorang Juruperunding Perdana Menteri Malaysia, bekas majikannya telah memberikan tekanan psikologi, emosi dan ancaman keselamatannya yang telah memaksa gadis Ranau ini untuk mengambil keputusan yang nekad untuk mempertahankan diri dan keluarganya daripada terus diugut dan diancam oleh bekas majikannya.

Berdasarkan informasi terkini, kes ini akan dibawakan ke Makhamah Megistrate.

Pihak Bobohizan akan memberikan liputan tentang perkembangan kes ini dari masa ke semasa kepada anda semua.

Source: Bobohizan Press

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.