Latest Post

Kota Kinabalu: Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Parti Harapan Rakyat Sabah, Jovilis Majami meminta supaya rakyat Sabah jangan sekali-kali mendengar peringatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar tidak terpengaruh dengan cubaan pihak pembangkang untuk 'memBrexit'kan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dari Sabah ini.

Jovilis Majami berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah cukup lama diberi mandat oleh rakyat Sabah untuk menerajui wilayah Sabah ini tetapi apa yang terjadi rakyat Sabah terus menderita dibawah pentadbiran mereka.

"Jika pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) ini rakyat Sabah masih terpengaruh dengan janji-janji pemimpin UMNO dan Barisan Nasional termasuklah TPM ini dan mereka masih mendapat mandat dalam tempoh 5 tahun lagi maka masalah-masalah yang membelengu Sabah dibawa pemerintahan mereka akan terus bertambah" katanya ketika ditemui oleh wartawan United Sabah Alliance (USA).

Jovilis juga mengulas kenyataan Ahmad Zhaid bahawa langkah rakyat Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau lebih dikenali sebagai 'Brexit' membuatkan rakyat Britain begitu menyesal, beliau berkata bahawa itu memang sudah menjadi lumrah dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Tidak semua rakyat akan bersetuju dengan sesuatu keputusan itu namun suara majoriti yang harus didengar untuk melaksanakannya. Yang nyata ‘Brexit’ ini lebih ramai rakyat Britain yang gembira berbanding dengan yang menyesal.

"Rakyat Sabah kena ingat sekiranya kita terus membiarkan UMNO dan Barisan Nasional berada di bumi Sabah ini, harapan kita untuk melihat isu-isu yang ingin dituntut oleh rakyat Sabah tidak akan dapat diselesaikan kerana niat mereka bukannya betul-betul berjuang demi kepentingan rakyat Sabah tetapi sebaliknya cuma ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan wilayah kita,”kata Jovilis.

"Kita boleh lihat isu-isu seperti autonomi Sabah, pendatang tanpa izin, kemiskinan dan banyak lagi, mereka langsung tiada usaha untuk menyelesaikannya secara tuntas walaupun mereka sudah lebih 20 tahun bertapak di Sabah ini. Satu contoh yang amat jelas ialah Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pendatang tanpa izin di Sabah yang didakwa oleh rakyat tempatan diberikan kewarganegaraan secara tidak sah sehinggakan mengubah demografi masyarakat Sabah sehingga kini tidak didedahkan kepada umum walaupun laporan itu sudah lama siap," tambah beliau.

Menurut beliau lagi, jika pada PRU14 nanti rakyat Sabah menolak Barisan Nasional dan pentadbiran Sabah kembali semula kepada parti-parti tempatan Sabah, kerajaan Sabah boleh menyelesaikan masalah-masalah ini dengan menggunakan kuasa Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) seperti mana yang digariskan di dalam laporan Inter-Governmental Committee (IGC) dan juga Perjanjian Malaysia (MA63).

Menjawab satu lagi kenyataan Ahmad Zahid bahawa sangat berisiko tinggi apabila kerajaan negeri tidak selari dengan kerajaan pusat seperti yang pernah dilalui oleh Sabah sebelum ini Jovilis mengatakan bahawa rakyat Sabah tidak nampak apa-apa kebaikan sejak kerajaan negeri Sabah ini selari dengan kerajaan pusat selain daripada menjadi ‘pak angguk’ kepada kerajaan pusat sebagai contohnya pengenalan sistem percukaian seperti GST, gaji minimum yang tidak setara diantara Sabah dan Semananjung dan lain-lain lagi langsung tidak dibantah oleh kerajaan negeri sedangkan ianya menyusahkan rakyat Sabah. Beliau juga mengingatkan Ahmad Zahid bahawa Sabah masih lagi negeri yang termiskin di Malaysia meskipun sudah lebih 20 tahun kerajaan negeri ini selari dengan kerajaan pusat.

Jovilis yang juga merupakan Timbalan Pengerusi 2 Gabungan Muda Sabah (GEMA) menambah Sabah tidak akan maju, anak-anak muda tidak mempunyai masa depan dan rakyat Sabah terus terpinggir sekiranya autonomi seperti yang terdapat dalam MA63 tidak dilaksanakan kerana disitulah letaknya kuasa mentadbir dan kekayaan kita yang selama ini telah diragut oleh persekutuan.

“Yang terbaik ialah rakyat Sabah harus menyokong Parti Harapan Rakyat Sabah dan Gabungan Sabah (GS) kerana ianya memperjuangkan hak-hak Sabah dan autonomi Sabah. Sudah tiba masanya rakyat Sabah harus meninggalkan parti yang berpengkalan di Semananjung dan memilih parti tempatan Sabah bagi memastikan masa depan rakyat Sabah terbela,” Kata Jovilis.

Sumber: Gabungan Sabah

Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.

Berikut merupakan sedikit panduan kepada anda yang gemar makan '10 HEALTHY EATING HABITS THAT WILL CHANGE YOUR LIFE’. Artikel ini sedikit sebanyak membantu saya menyemak cara dan pengambilan makanan saya agar makan dengan lebih bertanggungjawab.

Berikut adalah 10 amalan pemakanan tersebut:

Jangan tidak makan karbohidrat
Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.

Rancang apa yang hendak dimakan
Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.

Makan tengahari semahu anda
Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengahari di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin

Makan makanan berwarna pelangi
Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.

Berhenti sebelum kenyang
Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.

Tetapkan pola waktu makan yang seragam
Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang banyak

Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan
Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.

Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan
Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian. Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.

Menguyah makanan secara perlahan-lahan
Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.

Tidur secukupnya
Amalkan tidur yang secukupnya bagi mempastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem penghadaman.

Ketua Pemuda Parti Cinta Sabah (PCS) kini menjadi subjek hangat perbualan politik dikalangan rakyat Sabah didalam Facebook.

Hasmin Azroy Abdullah (Ketua Pemuda PCS) hangat dikaitkan sebagai 'mesra bn' setelah siaran langsung di TV1 merakamkan kehadirannya didalam majlis perasmian perlancaran buku Musa Aman.

Kelihatan dirinya juga berjalan beriringan dengan Ketua Menteri Sabah yang merupakan Ketua UMNO dan BN Sabah. Selain itu, gambar-gambar yang menjadi viral memperlihatkan kemesraannya bersama-sama dengan Musa Aman.

Sebelum ini, beliau lantang mengkritik parti-parti tempatan didalam Gabungan Sabah (GS) yang dianggotai oleh Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) sebagai 'bn friendly' hanya kerana presiden-presiden parti didalam Gabungan Sabah bergambar bersama-sama dengan orang-orang BN-UMNO serta terlibat didalam MySabah. Walaupun setiap penjelasan telah diberikan untuk memberikan pencerahan terhadap isu tersebut, namun PCS yang diketuai oleh Hasmin telah menyebarkan fitnah dan menghentam pemimpin-pemimpin GS sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai.

Kini, karma telah membalasnya setelah gambar-gambar dirinya bersama-sama dengan orang-orang BN-UMNO tersebar.

Beliau telah memberikan penjelasan disebalik gambar-gambar itu dengan mengatakan bahawa kehadirannya pada waktu itu adalah hanya sebagai seorang ahli sasterawan yang terlibat didalam majlis tersebut. Walau bagaimanapun, kritikan demi kritikan telah diberikan kepadanya seperti 'itu hanya alasan sahaja', 'dulu cakap lain, sekarang cakap lain pula', 'berabis konon hantam GS sebagai mesra bn, jadi ini bukan bn friendly kah', serta bermacam-macam lagi komen.

Beliau juga telah memberikan kenyataan rasmi berhubung dengan gambar-gambar tersebut namun disebalik kenyataan rasminya itu, kelihatan usahanya untuk menyalahkan Gabungan Sabah kerana menyebarkan 'fitnah'.

Berikut adalah link untuk anda sendiri melihat dan membaca komen-komen orang Sabah yang memberikan kritikan kepadanya.

Suara Sabah yang merupakan berita online Sabah juga telah membuat liputan tentang perkara ini dan ia boleh dikunjungi dengan mengklik tajuk ini Kedapatan Gambar Keluar TV

Kesihatan diri adalah tanggungjawab diri dan apabila anda sudah berkahwin, tanggungjawab ini perlu dipikul bersama-sama untuk kesejahteraan rumah tangga. Kegagalan untuk melaksanakan tanggungjawab ini akan menyebabkan keretakkan rumah tangga.

Tidak perlu ada perasaan malu diantara pasangan sebaliknya kejujuran itu perlu dibuktikan melalui perkongsian dengan hati yang terbuka dan ditangani secara matang dan dewasa. 

Bobohizan Press ingin berkongsikan kepada anda tentang penyakit yang lazim dialami oleh lelaki mahupun perempuan. Mengapa ia terjadi itu perlu difahami dan berusaha untuk tidak melakukannya lagi jikalau punca itu telah diketahui. Perkongsian informasi ini adalah daripada sumber Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kongsikan info ini untuk kebaikan bersama.

Soalan 1 :

Ada keluar cairan kekuningan/keputihan dari kemaluan saya sehingga ada tompokan pada seluar dalam. Adakah saya dijangkiti penyakit kelamin?

Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis dan gonorrhoea. Penyakit kelamin berjangkit semasa melakukan hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut).

Sekiranya bahagian sulit anda mengeluarkan cecair yang lain dari kebiasaan atau hadirnya gejala-gejala lain di bahagian faraj/zakar seperti di bawah. Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor yang berhampiran untuk pemeriksaan lebih lanjut.
  • Gatal
  • Bengkak
  • Keluar lendir/cecair
  • Sakit
  • Kemerahan
  • Tumbuh ruam, jerawat
  • Berasa sakit ketika membuang air kecil

Kebanyakan penyakit kelamin didiagnosa melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikuti dengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Keputusan ujian adalah rahsia antara pesakit dan doktor. Doktor akan mengambil ujian sapuan di bahagian faraj atau batang zakar (selalunya menggunakan putik kapas) dan akan dihantar ke makmal. Selain itu, pasangan anda juga perlu untuk menjalani pemeriksaan yang sama.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Portal MyHEALTH>Penyakit Kelamin,Sifilis, Gonorea

Soalan 2 :

Saya pernah menghidap penyakit kelamin, tetapi telah sembuh. Adakah saya masih boleh menjangkitkan pasangan saya jika melakukan hubungan intim?

Anda perlu memastikan bahawa pasangan anda juga telah diperiksa dan menerima rawatan bagi penyakit kelamin yang pernah anda hadapi. Anda tidak perlu bimbang untuk bersama pasangan anda jika pasangan anda telah dirawat. Ini adalah kerana setelah anda dan pasangan anda menerima rawatan untuk penyakit kelamin, barulah anda dan pasangan anda bebas daripada penyakit kelamin. Risiko jangkitan semula adalah rendah. Jika anda mempunyai lebih daripada satu pasangan seks, semua pasangan seks anda yang lain perlu dirawat. Untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit kelamin, anda dinasihatkan untuk :

Menghindari dari seks bebas dan setia kepada pasangan anda adalah cara yang paling efektif dan praktikal.

Penggunaan kondom juga efektif untuk menghindari penyakit kelamin. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Chlamydia, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.

Anda digalakkan kerap menjalani pemeriksaan doktor dan mengenali pasangan anda sebelum berkahwin.

Amalkan langkah pencegahan seperti di atas bagi memastikan masalah ini tidak berlaku lagi.

Dengan menghindari dari seks bebas dan setia kepada pasangan anda, anda juga bukan sahaja mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit kelamin, anda juga dapat mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit HIV yang boleh membawa maut.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Portal MyHEALTH>Penyakit Kelamin

Soalan 3 :

Adakah penyakit kelamin boleh berjangkit sekiranya saya hanya melakukan seks secara oral bersama pasangan ?

Ya, penyakit kelamin boleh berjangkit atau tersebar sekiranya individu yang menghidapi penyakit kelamin melakukan seks secara oral. Penyakit kelamin seperti Sifilis, Chlamydia dan Gonorrhoea antara yang boleh berjangkit melalui seks secara oral.

Anda dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan intim dan oral seks sekiranya anda atau pasangan anda mempunyai tanda/gejala atau sedang mendapatkan rawatan penyakit kelamin.

Untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit kelamin, anda dinasihatkan untuk :

Menghindari dari seks bebas dan setia kepada pasangan anda adalah cara yang paling efektif dan praktikal.

Penggunaan kondom juga efektif untuk menghindari penyakit kelamin. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Chlamydia, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.

Anda digalakkan kerap menjalani pemeriksaan doktor dan mengenali pasangan anda sebelum berkahwin.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Portal MyHEALTH>Penyakit Kelamin


Soalan 4 :

Saya merasa bimbang dan malu jika saya mempunyai penyakit kelamin. Di manakah patut saya pergi untuk mengatasi masalah ini ?

Anda tidak perlu malu untuk pergi berjumpa dengan doktor sekiranya anda menghadapi masalah penyakit kelamin. Segeralah berjumpa dengan doktor dengan mengunjungi klinik kesihatan berhampiran untuk menjalani pemeriksaan. Segala yang anda ceritakan kepada doktor anda serta pertukaran maklumat yang berlaku adalah rahsia (confidential) dan tidak akan didedahkan kepada orang lain.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Portal MyHEALTH>Penyakit Kelamin

Soalan 5 :

Saya disahkan menghidap penyakit kelamin oleh doktor, perlukah pasangan saya juga menjalani pemeriksaan doktor?

Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit mesti juga dirawat walaupun tidak menunjukkan apa-apa gejala. Ini adalah kerana jika pasangan anda tidak dirawat, mungkin pasangan anda menghidapi penyakit kelamin yang belum lagi menunjukkan tanda atau gejala. Pasangan anda akan menjadi punca jangkitan dan menjakiti anda semula dengan penyakit kelamin. Oleh itu pasangan anda perlu menjalani pemeriksaan dan dirawat bagi penyakit kelamin yang sama. Anda dan pasangan anda perlu menghabiskan ubat yang diberi oleh doktor sebelum mengadakan hubungan intim semula. Amatlah penting untuk anda membawa pasangan anda bersama ke klinik kesihatan untuk berjumpa dengan doktor.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Portal MyHEALTH>Penyakit Kelamin

Soalan 6 :

Keputusan Rapid Test HIV saya adalah negatif, adakah konkrit dan memadai ujian HIV saya?

Keputusan Rapid Test HIV anda tidak konkrit dan tidak memadai jika anda hanya melakukan ujian HIV itu sekali sahaja. Ini adalah kerana terdapat suatu keadaan yang dinamakan Window Period (sila rujuk kepada rajah di bawah). Sewaktu Window Period ini, kuman HIV telahpun masuk ke dalam tubuh seseorang tetapi ujian darah yang dilakukan masih tidak dapat mengesan kehadiran Virus HIV tersebut. Window Period ini berlanjutan dalam tempoh 3 minggu hingga 6 bulan. Jika Rapid Test HIV yang pertama itu dilakukan sewaktu virus HIV di dalam badan berada dalam Window Period, keputusan ujian itu akan negatif. Oleh itu doktor akan mengesyorkan ujian HIV yang kedua dilakukan 3 bulan selepas ujian darah yang pertama.

Namun begitu, anda tidak boleh berada dalam keadaan selesa jika keputusan ujian darah HIV yang kedua juga negatif. Ini adalah kerana status HIV negatif itu hanya bermaksud anda tidak mempunyai virus HIV di dalam badan anda sehingga waktu tarikh ujian darah itu dilakukan. Jika anda pernah dan terus melakukan kelakuan berisiko tinggi seperti hubungan seks rambang serta mempunyai ramai pasangan seks, anda mendedahkan diri anda kepada risiko untuk mendapat virus HIV pada masa akan datang. Yang paling penting adalah anda berhenti melakukan kelakuan berisiko tinggi dengan mengurangkan bilangan pasangan seks dan berhenti melakukan seks rambang. Adalah lebih baik jika anda dapat setia kepada pasangan anda dan menggunakan kondom setiap kali anda melakukan hubungan intim. Keputusan ujian HIV yang negatif pada hari ini tidak bermaksud, anda tidak akan mendapat HIV pada hari mendatang.

Soalan 7 :

Baru-baru ini, saya ada melakukan ujian herpes dan chlamydia di klinik dan masih belum mendapat keputusan ujian tersebut. Adakah saya boleh melakukan hubungan intim dengan isteri?

Anda dinasihatkan untuk menangguhkan hubungan intim dengan isteri sehingga anda mendapat keputusan ujian penyakit kelamin yang dilakukan. Ini kerana jika anda melakukan hubungan intim sebelum mengetahui keputusan ujian, anda mungkin menjangkiti isteri anda jika anda mempunyai penyakit kelamin.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Portal MyHEALTH>Penyakit Kelamin

Soalan 8 :

Baru-baru ini, saya ada melakukan ujian gonorea dan chlamydia dan doktor telah memaklumkan keputusan ujian kepada saya. Namun begitu, saya tidak faham keputusan tersebut. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jangan malu untuk bertanya soalan dengan doktor yang memeriksa anda. Bincang dan tanyalah soalan kepada doktor yang merawat anda. Dengan cara ini anda akan mendapat penjelasan yang lebih baik supaya anda faham keputusan ujian tersebut sama ada positif atau negatif. Penting juga untuk anda bertanya doktor yang memeriksa anda tentang langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengelakkan jangkitan penyakit kelamin pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Portal MyHEALTH>Penyakit Kelamin, Gonorea dan Chlamydia.

Soalan 9 :

Berapa lama saya harus makan ubat HIV ?

Belum ada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit HIV dan belum ada vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus HIV.

Rawatan Antiretroviral (ARV) hanya  menghalang pembiakan virus HIV. Rawatan juga boleh diberi bagi jangkitan opportunis. Rawatan ARV lebih berkesan secara kombinasi. Rawatan ini bertujuan untuk meningkatkan survival dan melambatkan perkembangan ke peringkat AIDS.

Anda perlu makan ubat HIV mengikut waktu yang sama setiap hari untuk sepanjang hayat anda. Jika anda berhenti atau lewat makan ubat HIV daripada waktu yang ditetapkan, Virus HIV boleh menjadi lebih kuat dari ubat yang anda makan. Lama kelamaan ubat yang dimakan tidak berkesan lagi. Jika ini berlaku anda perlu mengambil ubat HIV barisan kedua untuk mengawal pembiakan virus HIV. Untuk makluman anda, kos ubat barisan kedua HIV perlu ditanggung oleh pesakit sendiri kerana kerajaan Malaysia hanya menanggung kos ubat barisan pertama HIV. Untuk mengelakkan beban kos ubatan yang tinggi pada diri anda, anda dinasihatkan terus makan ubat HIV anda mengikut waktu yang ditetapkan setiap hari.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Portal MyHEALTH>HIV

Soalan 10 :

Saya disahkan HIV positif, adakah saya selamat menggunakan kondom semasa mengadakan hubungan intim dengan isteri ?

Kondom hanya boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV kepada isteri anda semasa mengadakan hubungan intim. Namun begitu, isteri anda masih mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan HIV. HIV hanya boleh merebak melalui:

Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
Penagih dadah berkongsi jarum dan alat suntikan
Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.
Sila berbincang dengan doktor di klinik yang berhampiran untuk mendapat nasihat dengan lebih lanjut.

Soalan 11 :

Apakah perbezaan antara HIV dengan AIDS?

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS.

Jangkitan virus HIV tidak mempunyai tanda dan gejala yang khusus di peringkat awal. Oleh itu, seseorang yang dijangkiti virus HIV tidak mengetahui dia telah dijangkiti virus ini. Walau bagaimanapun pada peringkat ini, individu ini masih boleh merebakkan virus HIV kepada orang lain.

Tanda dan gejala akan kelihatan apabila sistem pertahanan tubuh telah dilumpuhkan oleh Virus HIV. Tanda dan gejalanya adalah seperti berikut:
  • Terlalu lemah dan lesu.
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Demam panas yang kerap.
  • Peluh malam.
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
  • Cirit-birit yang kronik.
  • Batuk kronik.
  • Hilang ingatan

Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai gejala dan tanda-tanda AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain.

AIDS atau Acquired Immune Deficiency Syndrome (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

Dalam masa 2 tahun dijangkiti, pesakit HIV akan timbul gejala penyakit AIDS di mana berlaku jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah-lemah badan.

Kebanyakkan pesakit HIV tidak memerlukan rawatan di peringkat awal penyakit. Rawatan hanya diberikan kepada pesakit-pesakit seperti berikut:
  • menunjukkan tanda-tanda AIDS
  • bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml
  • bacaan virus lebih daripada 30 000 copies/ml
  • pesakit yang mengikuti rawatan sepenuhnya

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Portal MyHEALTH>HIV

Soalan 11 :

Boleh kah sesaorang pengidap HIV positif bergaul dengan orang ramai ?

Pesakit HIV positif boleh bergaul dengan orang ramai kerana seseorang itu tidak boleh mendapat jangkitan HIV melalui :
  • Berpegangan tangan dan bersalaman.
  • Berkongsi kemudahan awam, misalnya telefon.
  • Berkongsi menggunakan cawan, gelas, pinggan, sudu dan lain-lain melalui makanan atau air.
  • Ciuman ringan/pelukan.
  • Gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.
  • Pergaulan di sekolah atau di tempat kerja.
  • Berkongsi buku (sekolah).

Berkongsi menggunakan tandas dan bilik mandi.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Portal MyHEALTH>HIV

Sumber: MyHealth

Why men need to know more

Good health is vital for a happy and full life. But men might not look after themselves as well as they could. For example, women aged between 25 and 34 are twice as likely to visit a doctor than men of the same age. Yet, men do not live as long and have more health risks than women, so it is crucial that men know more about looking after their health.

Male reproductive health is also very important. The normal working of the male reproductive system plays a key role in many areas of well-being. Knowing more about your body, how it works, and what diseases can affect you is the first step to a healthier life.

What can go wrong?

Like any other part of the human body, things can sometimes go wrong with the male reproductive system. When they do, it’s important to see a doctor quickly. With most problems, getting help early on can avoid serious long-term problems.

Some of the more common problems that men may face are:

Male infertility: which can have many causes, is often treatable and should be investigated before starting assisted reproductive technologies.

Prostate disease: more common in the older male, can make urinating difficult.  Treatment is available, often in the form of drugs or surgery.

Erectile dysfunction: commonly referred to as impotence, can happen as a result of another underlying health problem such as diabetes. There are not any specific treatments that will cure erectile dysfunction, but there are treatments that will allow erections to happen.

Androgen deficiency: is linked with low testosterone levels, which can play a part in feelings of low energy and easy fatigue, irritability and a reduced sex drive.  Once the diagnosis of androgen deficiency is made, treatment can begin with a positive effect on quality of life.

Testicular cancer: often thought to be a young man’s disease, has a high survival rate if detected early. Self-examination of the testis should be encouraged for early detection.

Mobile is one of the most popular devices in the world. There are huge kinds of Mobiles that is out of your imagination.  We will uphold some of the mobiles.  At the time of mobile invention, it was too big device. However, we will not discuss about the invention of the mobile. In this article, we only speak about latest exceptional mobile.

Cicret Bracelet mobile:
This is an amazing mobile phone.  This phone is only a bracelet which works as a smart phone. A question may come to your mind the display and keypad. Okay, now I’m describing how it works. It works like mini projector. After wearing this Cicret Bracelet, it will make your hand’s skin as a mobile display. This phone is waterproof; even you can use it at the bathtub.

Light phone or Anti smart phone:
This is not a smart phone. But this phone is a result of the latest technology. Light phone or Anti smart phone is so small and thin. You can easily put it into your money bag. This phone is anti smart because it has no advantage like internet browser, MMS and other facilities of a smart phone.

Nokia 888 is an exceptional mobile phone design. It will come in the market as soon as possible. 

This phone also works as a bracelet and more than a bracelet. It has all the smartest technology. This phone is so flexible and user friendly. You can bend it any time. You can keep Nokia 888 in your pocket like a pen or wear it like a watch.

Source: Finger Wind

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.